JellyPages.com

Jun 18, 2010

KENANGAN 3 HARI 2 MALAM DI JITRA,KEDAH!!!!

kehadapan diariku, hari ini sabtu, 18/06/2010 saya ingin menyatakan perasaan saya dan perkara yang telah berlaku di sana...oh diariku...apakah awak tahu yang saya semasa berada di sana saya terasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan lama ayah yang lawak dan ada gelaran tersediri..hahaha kelakar kalau difikirkan...tapi ada sesuatu hal yang saya bengang kerana pada hari kedua berada di sana maksud di padang besar, perlis saya tidak dapat bershopping sepuas hati dan memilih baju dengan tergapuh-gapah...kelam kabutlah dikatakan...kami berhijrah dari jitra,kedah ke padang besar,perlis....di perlis semasa menuju ke padang besar kami dapat melihat keindahan tanaman tebu yang terbesar di perlis mengikut pelajaran geografi semasa tingkatan satu...semasa saya di sana saya hanya dapat bershopping selama 2 jam sahaja....oh sedih sekali...hua..hua..hua.. selepas 2 jam kemudian, kami pergi ke rumah kawan lama ayah saya... saya bertanya kepada ayah saya "ke mana kita nak pergi ni?' ayah saya menjawab, "kita nak pergi rumah orang kahwin.." kami hanya duduk diam dan pergi ke mana kami di bawa.. sesudah sampai di rumah kawan lama ayah saya, saya bertanya lagi kepada ayah saya, " ni rumah orang kahwin ke apa?" ayah saya berkata, "entah....." saya melihat kawan lama ayah saya yang digelar Ramli Tekong yang sedang bersama dengan tuan rumah... tuan rumah tersebut berkata,"ini kan Mat Piss?" Ramli Tekong menjawabnya, "Ya lah inilah Mat Piss yang baru kali ini menghadiri perjumpaan Plantun 8........... Handsome tak.....?" kami semua pun pergi ke tempat di mana boleh duduk... ianya telah disediakan hanya perlu duduk sahaja dan berborak... pihak lelaki berborak seperti mak cik-mak cik yang sedang bergosip mengalahkan pihak perempuan yang berborak... sesudah berborak kami pun membaca doa yang telah dipimpin oleh Nawi salah seorang kumpulan tersebut.... selepas membaca doa kawan ayah saya yang bergelar Bakar Pendek berkata, "eh, cepat-cepat dah pukul 6 setengah ni nanti nak balik sembahyang maghrib dekat Hotel Bustani.." kami semua ketawa terbahak-bahak... pak cik Bakar Pendek berkata begitu kerana ada sebuah jam di dinding belakangnya yang menunjukkan jam 6.30..erm............ kami pun tak tahu pagi ke petang......haHAHAHAHAHA..... perut kami semua sudah di penuhi dengan makanan dan minuman kampung yang sedap-sedap... makanan tersebut daripada ayam masak kari, petai, sambal belacan, sweetsour udang, ikan dan sebagainya... minuman pula terdiri daripada sirap sahaja haHAHAHAHAHAHAHA....................... kami semua pun pulang ke tempat penginapan masing-masing... selepas kami pulang ke rumah kami pun pergi bersiap untuk pergi ke rumah kawan lama ayah saya iaitu ASP Azhar... sebelum pergi ke rumahnya kami singgah di Hotel Bustani untuk membuat tahlil di surau Hotel Bustani tersebut... di rumah ASP Azhar kami makan-makanan yang sedap-sedap seperti bubur jagung, ikan......ikan lagi, sup lemak sayur kobis dan saya pun tak ingat apa yang saya makan...... kita teruskan nanti aje lah..... BERSAMBUNG/ TO BE CONTINUED......