JellyPages.com

Oktober 20, 2013

Sabar dan setia untuk awak..

Assalamualaikum.. Hii semua.. hari ne.. saya sangat happy..sebab kata-2 dia semalam membuatkan saya tersentuh dengan kejujuran dia.. walaupun awak kata mcam tuh.. saya tetap sayang awak.. dan yang paling terpenting.. saya tak pernah terfikir pun nak mencari yang lain.. saya pun taktahu la knp saya nampak lelaki lain.. tak sama perasaan saya terhadap awak.. Setiap kali saya message awak atau call dengan awak.. jantung saya akan berdegup dengan kencang.. betul saya tak tipu.. kalau awak tak balas message saya .. lagi la perasaan ne risaukan tentang awak... "kalau" awak kata awak takut kehilangan saya.. saya tak rasa awak perlu risau tentang itu..sebab sekarang saya tak de langsung niat nak cari orang lain.. awak banyak bawak perubahan dalam hidup saya.. menambah senyuman di wajah saya.. membuat saya tetap dengan pendirian saya.. membuatkan saya berusaha untuk jujur..walaupun kadang-2 jujur itu membuatkan kita rasa menyesal.. tapi ketahuilah jujur itu membuatkan hubungan seseorang itu semakin erat.. saya sentiasa ingat kata-2 awak.. tak pernah saya lupakan.. stiap kali saya tanya soalan.. jawapan pasti awak adalah insyaAllah ..Allah temukan kita..walau sebanyak mana pun soalan saya.. awak tak akan lupa untuk mengatakan itu.. itu membuatkan saya belajar untuk percaya dan yakin tentang sesuatu takdir.. Di setiap hari-2 saya.. tak pernah saya lupa untuk mendoakan orang-2 yang saya sayang seperti family saya dan orang teristimewa iaitu awak (MLB).Pagi saya bangun daripada tidur ..kata-2 yang pertama keluar daripada mulut saya adalah alhamdulillah.. sebab apa? sebab Allah masih memberikan saya untuk bersama dengan orang-2 yang saya sayang..dan membenarkan saya mencintai awak walaupun mencintai dari jarak jauh.. tapi saya masih bersyukur kerana perasaan itu masih kekal di dalam hati saya.. Awak selalu sibuk.. kadang-2 saya sedih sebab tak de dengan saya.. tapi awak harus tahu.. saya tak pernah menyesal ada awak.. sebab awak orang luar (ajnabi) yang pertama yang selalu membuat saya rasa gembira dan tenang.Kalau boleh, saya tak mahu kehilangan awak. sebab setiap kali awak x ada dengan saya.. sunyi muncul.Saya berusaha percaya dan yakin dengan awak. kita manusia trkadang.. tak terlepas dari kesalahan. kesalahan yang selalu saya buat adalah dengan mempersoalkan sayang awak pada saya.. itu adalah perkara yang tak patut saya persoalkan sebenarnya.saya seorang yang sensitif dan saya yakin awak tahu itu. jadi, saya terkadang-2 cemburu. contohnya kalau awak tulis "awak-3..comel" saya takut kata-2 itu membuatkan perasaan awak berubah terhadap saya.. tapi.. awak selalu yakinkan saya balik.. dan awak tahu.. perkara itu sangat manis dan menyentuh hati saya.. ^_^

September 02, 2013

Kegiatan hari ne

Assalamualaikum .. Hai semua.. saya hari ne terasa bosan sangat-sangat... Nak study time mcm ne tak masuk la.. Lepas asar baru la segar sikit.. Time-2 macam ne saya biasa baru balik dari sekolah sebab ada aktiviti koko dekat sekolah.. Tapi hari ne hari Isnin ..jadi tak da koko hari ne.. Sy balik sekolah ja.. Benda yang pertama saya akan buat adalah tengok phone saya.. Hehe.. Perkara wajib yang perlu dibuat hari-2 . Selepas tuh , saya buka Akan buka tv untuk menonton cerita love in Paris di tv 3.. Then, baru sy akan fikir pasal makan.. Lambat kan makan? Biasa la tuh.. Makan pun sorang-2 .. So lambat pun tak pa.. Selepas makan , saya suka duduk tepi tingkap dekat ruang tamu dan dengar lagu.. Biasa ya angin ada petang-2 macam ne.. Saya suka angin.. Sebab angin buat saya tenang dan nyaman.. Tp angin dekat tepi pantai lagi seronok kan? Sebab angin dekat pantai terasa segar.. :) tapi bila jam menunjukkan pukul 4.. Ha kelam kabut tukar saluran 133 astro bella.. Cerita favourite pertama di saluran tuh.. Cerita tuh pasal orang Perancis... Rasanya.. Haha Tak pernah miss cerita tuh.. Sebab apa? Sebab best la.. bila dah habis cerita tuh.. Baru la seronok nak study..tapi hanya 1 jam setengah.. Sebab pukul 6:30 saya akan rehat untuk malam pulak... Malam saya study sampai kul 10.. Tapi Musim exam ne.. Sampai 11.. Kalau tak ngantuk baru sambung sampai kul 12.. Ya la.. Kalau dah ngantuk kita paksa diri untuk menghafal ,membaca, mengira.. Takkan masuk punya.. Sebelum tidur .. Ngantuk-2 pun mesti saya dengar lagu dulu baru saya tidur.. Tapi satu perkara yang tak lupa saya buat sebelum tidur.. Saya mesti akan hantar pesanan ringkas kepada My Love.. Baru lah saya tidur.. Tapi doa mesti baca sebelum tidur.. Nanti mimpi pulak..hehehe.. kepala terasa sakit hari ne.. Haishh.. Pening pening... okay la.. Mau rehat.. Bosan sudah hilang selepas update blog.. Bye.. Assalamualaikum semua.. Have a nice day friends.. ^_^

September 01, 2013

Terasa paling terindah bersama Awak

Assalamualaikum... today , i want to share A story to you guys.. Sy akan rasa sangat sedih klau sy buat org yg teristimewa dlm hidup sy marah, sakit hati or perkara negatif yg dia rasa. Walaupun dia kata dia x ada apa-2 or xmrah ... I am still feelings that i am wrong.. Kenapa perkara itu prlu berlaku.. Sy ne memang seorang yg sangat kelam kabut bila sudah buat org yg istimewa dalam hidup terasa dgn sikap sy... walaupun awak kata nothing.. Why i am still feels that it's not okay? Huwaaaaaaa..... Sy rasa bersalah sangat-2.. Sy cuma boleh berharap yg perkara tuh takkan berulang lagi.. Sy takut perkara mcm tuh akn merosakkan hubungan sy dengan awak.. Sy tahu kalau dh jodoh takkan ke mana... Walau gaduh Macm mana pun... Akan tetap berbaik semula. Tp sy hanya berusaha untuk menjaga sesuatu hubungan dengan baik.. awak tahu.. Sy pernah cakap yg sy bukan suka awak kerna rupa paras kan? Sy suka awak kerana sikap awak yg sangat mengambil berat tentang orang, peramah yg kadang-2 membuat sy rasa sedikit cemburu dan awak lelaki yg setia. Walaupun sy berulang-2 kali tanya awak... Pasal perempuan suka awak.. Awak selalu cakap yang awak cuma layan ja.. Tp tak suka pun... Awak selalu yakin kn sy yg saya adalah org yg awak sayang... Sy kenal awak dari sy tingkatan 2 lg... Awak seorang yg jujur dgn kata-2 awak...awak xkan bohong untuk menyenangkn hati sy... Awak mesti akan jujur walaupun awak rasa kata-2 awak tuh menyakitkan hati sy kn? Tp tak menyakitkan hati pun... Bagi sy... Awak mmg berlainan... Mungkin awak memang ramai yg suka.. Tp sy yakin.. Awak seorang setia.. Sy rasa sy tak perlu risau.. Sy bertuah kerana mengenali awak. Awak memang pelengkap hari-2 Sy...awak x macam lelaki lain... Klau lelaki lain..hri-2 dia mesej girlfriend dia.. Tp awak adalah lelaki yg rajin ingatkan sy untuk belajar.. Mungkin kadang-2 sy malas nk belajar..tp bila ada dorongan daripada org... Sy rasa semangat... Awak selalu suruh sy tidur awal.. Walaupun sy tak nak tidur.. Awak pernah cakap.. Yang awak suruh sy tidur awal sebab takut sy sakit.. Tapi sy rasa sy ne seorang yg telampau mnja dan tak matang langsung bila berhadapan dengan masalah walaupun masalah tuh kecik ja... Sy harap sy dapat mengubah diri sy menjadi lebih baik.. Hari-2 sy berharap sy tak kan berkelakuan yg tak menyenangkn... Sy rasa hari-2 sy nk minta maaf kat awak.. Sebab apa.. Sy takut sy membuat awak terasa dengan saya.. Sy tau awak memang jauh dari pandangan sy.. Tp sy yakin sy je kn ada dalam hati awak? Terkadang terasa takut.. Tp bila difikirkan kata-2 kakak awak.. Yg awak sebenarnya seorang yg setia.. terima kasih,terima kasih menjadi cahaya dlm hidup saya.. Menjadi bulan untuk sy.. Menjadi perisai untuk sy.. Menjadi teman untuk sy... Menjadi tempat curhat sy.. Menjadi doktor untuk sy... Menjadi ubat untuk sy juga... Assalamualaikum...

Ogos 30, 2013

Kenapa cerita itu sgt menyedihkan?

Hai dan Assalamualaikum semua... hari ne sy rasa nak update sesuatu... Mengenai ceria yg sentiasa membuatkan sy tertarik untuk menonton cerita tersebut... It's about love... Tp cerita tuh sangat menyentuh hati sy ... Sebab kisah cinta tuh menyedihkan... ceritanya bermula di kampus dimana mereka berdua belajar dan mengenali antara satu sama lain... Pada suatu hari, seorang lelaki menuju ke arah pondok di mana seorang perempuan sedang menghabiskan waktu rehatnya di situ... Secara tiba- tiba lelaki tersebut mengambil bungkusan keropok daripada perempuan itu... Lalu perempuan itu terkejut dengan sikap lelaki itu... Dari situ la bermulanya perkenalan mereka... Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya kepada perempuan itu... Dia menyebut namanya Adam Daniel.. Lalu ia menanyakan nama perempuan itu... Perempuan itu menyatakan namanya ialah Puteri Nur Huda. Nama ringkasnya puteri. Mereka mula mengenali hati budi masing-masing sehingga mereka menamatkan pengajian mereka. Lalu,mereka mendapat pekerjaan. Hubungan mereka masih bertahan walaupun bekerja dalam bidang yang berlainan. Perkenalan mereka sudah hampir 6 tahun.. Akhirnya mereka menamatkan zaman bujang pada tahun itu. Walaupun perempuan itu agak manja tetapi ia seorang yang setia kepada suaminya.. Setiap hari pasti ia tidak akan lupa untuk menghantar pesanan ringkas kepada suaminya untuk mengucapkan selamat bekerja sesudah dia sampai di pejabat. setiap kali waktu makan tengah hari, suaminya pasti akan menjemputnya di pejabat untuk makan tengah hari bersama. Mereka menjalani hari-hari mereka dengan bahagia. Pada suatu hari, selepas habis waktu kerja.. Puteri mahu pulang ke rumah... Malangnya ia tiba-tiba lupa jalan balik ke rumahnya... Beberapa minit kemudian ia teringat semula lalu terus balik ke rumah.. Pada malam itu, puteri menceritakan hal itu kepada suaminya adam. Kerana terlalu merisaukan keadaan isterinya.. Adam telah membawa puteri ke hospital. Doktor telah mengesyorkan agar puteri membuat MRI. Hasil tersebut keluar seminggu selepas dari tarikh mereka membuat MRI. hasil MRI menunjukkan bahawa puteri menghidap penyakit Alzheimer. Perasaan adam pada saat itu sangat sedih sehingga ia menitiskan air mata di depan isterinya,puteri. sejak dari hari itu, Adam sentiasa mengingatkan isterinya tentang semua perkara. Pada suatu malam.. Semasa mereka sedang menonton televisyen.. Adam menyuruh isterinya berhenti bekerja dan tinggal di rumah sahaja.. Isterinya hanya akur sahaja pada arahan suaminya. Suaminya khuatir isterinya semakin teruk. Hari demi hari,keadaan isterinya semakin teruk. Satu per satu memori ingatannya hilang. Suaminya,adam sangat mengambil berat tentang isterinya. Pada suatu hari, semasa suaminya pulang ke rumah.. Dia tidak mengenali suaminya. Bertapa sedihnya perasaan adam ketika itu.. Sekali lagi ia menitiskan air matanya untuk isteri yang sangat dia cintai. Keesokan harinya, adam mengambil cuti. Dia memikirkan cara supaya isterinya sentiasa mengingatinya. Adam mendapat satu idea. Dia mengambil semua gambar kenangannya bersama puteri. Ia menggantung gambar-gambar kenangan tersebut pada dinding beserta sedikit nota di bawah gambar tersebut. Keesokan harinya... Adam terpaksa bekerja semula. Gambar-gambar yang digantung pada dinding telah dilihat isterinya. Isterinya mula ingat tentang suaminya,adam. Ia menuliskan sepucuk surat untuk suaminya,adam. Lalu keluar rumah tanpa membreritahu suaminya. Pulang suaminya dari tempat kerja... Ia melihat gambar-gambar di dinding telah dicabut. Ia mula risau. Dia mendapati sepucuk surat di atas meja di ruang tamu. Lalu dia membuka dan membaca surat tersebut. Isi surat tersebut ditulis begini... "Sayang.. maafkan saya kerana terlupa tentang awak. Bukan saya sengaja melupakan awak. Awak tolong jangan salahkan saya..dari dulu sehingga kini saya hanya mencintai awak. Tak ada yang lain di dalam hati saya. Hanya awak yang sentiasa membuat saya tersenyum di setiap hari-hari saya. Hanya awak pelengkap hidup saya. Sekarang saya sudah ingat tentang awak semula.. Tapi saya takut. Takut terlupa tentang awak lagi. Saya takut awak akan tinggalkan sy. Saya takut awak akan mencari pengganti saya. Maafkan sy." sesudah dia membaca surat daripada isterinya... Ia berlari keluar dari rumah dan menaiki kereta dan menuju ke tasik yang menjadi tempat kegemaran dia dan isterinya, puteri . Puteri berada di situ . Ia kelihatan sedang menangis. Lalu suaminya datang mendapatkannya. Adam menjawab segala persoalan isterinya yang dinyatakan dalam surat. Dia menyatakan tiada siapa bertakhta dihatinya kecuali isterinya yang tercinta. Adam memeluk isterinya. Isterinya menyatakan ia takut tidak dapat melihat matahari terbit lg. Adam menenangkan isterinya. Lalu menyuruh isterinya berehat dan sandar pada bahunya. Di situ .. Isterinya telah menghembuskan nafas terakhir di samping suami yang sangat dia cintai.. so sweet. Terima kasih kerana telah membaca cerita ini. ^-^

Mei 29, 2013

Sedih Yang Tak Terkata

Assalamualaikum.. Hai..selamat malam... hari ni baru boleh update.. ingat nak update semalam..tapi terlampau sedih dan ditambah dengan air mata yang mengalir tanpa berhenti..hmm sah memang tak boleh nak update kalau gitu.. Tapi alhamdulillah..sekarang sedih pun sudah berkurang.. Jadi boleh la berkongsi cerita dengan anda semua ^ ^ .Ceritanya bermula begini... sewaktu sedang berkumpul di dalam bilik bersama kakak dan kembar saya.. kembar saya menunjukkan sesuatu maklumat yang dikongsi oleh rakan WeChatnya.. maklumat tuh agak sensitif.. tiba-2,kakak saya pukul tangan saya.. saya pun tak faham kenapa dia pukul saya. saya pun bertanya kepada dia.. "kenapa kau pukul-2 tangan aku ni?" Then.. dia cakap " Kau kan yang kongsi maklumat tuh?".. saya membalas kata-2nya itu.. "Bukan aku lah.. kau ni..tuduh-2 aku pulak ".. dia balas balik kata-2 aku.. " Apa pasal yaya tunjuk kau maklumat tuh?" then.. dia pukul balik tangan saya.. saya cuba mengelak daripada dipukul tetapi sesuatu kejadian telah berlaku .. gelang yang amat saya sayangi.. yang sentiasa saya simpan dengan baik telah putus.. sewaktu gelang tuh terputus.. saya terus tergamam.. mulut saya tidak langsung mengeluarkan kata-2... perasaan sedih tiba-2 muncul dalam diri.. air mata mengalir tanpa saya sedari.. saya cuba sedaya upaya saya untuk mendapatkan kembali manik-2 gelang tuh.. walaupun terpaksa menanggung rasa sakit di bahagian belakang badan. Saya cari-2.. akhirnya berjaya mendapatkan semua manik-2 gelang itu balik... tapi malangnya.. tali gelang sudah pendek..tak boleh disambung lagi. saya menangis dan terus menangis tanpa henti. bayangkan..first time saya menangis sampai pukul 3.00 pagi..walaupun ada yang menenangkan hati ini.. tapi hati still tak tenang..sebab saya dibendung rasa bersalah kepada Si dia yang amat saya sayangi.. Dia dapat menjaga barang yang saya beri dengan baik.. tetapi saya?? sungguh menyedihkan.. walaupun dia cuba menenangkan hati saya dengan kata-2nya.. seperti "Takpa lah..dah jadi..nanti saya beli yang baru" tapi saya tetap rasa sedih...sebab gelang tuh saya simpan dah 3 tahun. tak pernah saya menangis sebelum ini bila sesuatu benda atau barang rosak..Tapi taktahu kenapa bila gelng putus saya terus menangis. saya menangis sebab gelang tuh la barang yang amat saya sayang. walaupun lagu dapat menenangkan saya sewaktu saya sedih ,gelisah dan takut.. tapi lagu tak dapat menenangkan saya ketika saya sedih kerana gelang saya putus. saya cuba berzikir untuk menenangkan saya.. Alhamdulillah ia dapat menenangkan semula hati saya yang sedih .. terima kasih kepada kawan saya yang telah memberikan pendapat ataupun nasihat kepada saya.. then, tadi saya pergi kedai untuk mencari tali getah gelang... akhirnya ada dijual.. yeay! terasa happy. tapi saya tak pandai nak ikat balik gelang tuh... tetapi ibu saya telah bantu saya untuk ikat semula gelang tuh ^ ^.. thank tou so much ibu.. saya sayang ibu... ibu selalu ada untuk membantu saya.. ibu memang ibu paling terbaik dalam hidup saya.. tapi sampai saat ini pun.. rasa bersalah still ada dalam diri ne.. ha.. rasa nak nangis pulak update pasal benda ne.. To MLB .. i'm Sorry.. sorry and sorry.. tak dapat maafkan diri ni lagi... okay la.. Tuh je yg boleh diceritakan..walaupun panjang lagi cerita.. tapi ...tak da pape lah.. okay lah..bye Assalamualaikum..

Mei 27, 2013

Kem (PREFECT FUN DAY)

Assalamualaikum... sebenarnya nak mengupdate pada hari jumaat yang lepas... tapi lupaa laa...hehe apa-2 hal.. saya nak cerita sekarang...okay jom baca ^^ . Al-kisahnya begini.. start pendaftaran pada jam 3.30 petang hari khamis. saya datang tepat-2 kat kaunter pendaftaran uh kul 3.30 petang.. baik tak?? masa pengawas-2 mendaftar .. urusetia iaitu pengawas tingkatan 4.. mereka memberikan kami semua reben yang perlu dipakai sepanjang 2 hari 1 malam. Pada mulanya , saya dapat warna ungu (PURPLE) mula-2 sudah gembira sebab dapat warna tuh.. tapi boleh pulak urusetia cakap salah warna.. tuh kembar punya.. sedih jaa... saya sebenar-2nya dapat warna coklat. kemudiannya.. selepas pendaftaran, ahli urusetia yang bernama Alif khairuddin memberitahu jadual-2 aktiviti atau program yang akan berlangsung selama 2 hari 1 malam . Saya dengan focusnya mendengar semua yang diberitahu oleh urusetia . Bila dengar program-2 uh.. rasa tertarik untuk mengetahui apakah aktiviti-2 tersebut. sebab apa? sebab ... nama-2 aktiviti yang diberikan sangat aneh. Selepas urusetia sudah habis memberitahu aktiviti-2 kem..sebelum tuh urusetia bole pulak dia ingat pasal telefon bimbit.. mereka suruh kumpulkan dan beri kepada mereka. dan akhirnya selesai.. haii jangan lupa kita ada pengetua yang selalu nak memberikan semangat.. hehe . Oh ucapannya menyentuh hati betul lah. pengetua cakap nak ikut kem ni sekali tapi dia kena balik kampung sebab ayahnya sakit. Hmm... takpa-2.Kami memahami mu wahai Puan Pengetua ^^ . seterusnya, selepas ucapan pengetua.. masuk la waktu solat Asar. ahli urusetia iaitu muhammad luqmanul hakim memberitahu siapa yang akan menjadi imam dan siapa yang menjadi bilal.Ini diadakan untuk melatih para pengawas supaya boleh menjadi imam dan bilal kelak. Apabila selesai solat Asar.. aktiviti yang pertama adalah senam petang ( sukan petang).mula-2 kami sudah dapat agak yang senam petang tuh sukan punyaa... tapi yang membuatkan kami nak tergelak adalah sukan lelaki "bola jaring" dan perempuan pula "bola sepak" .Hahaha.. kami mula-2 protes >membangkang< .. tapi nak wat macam mana... terpaksa redha laa kan. waktu nak main sukan ni.. boleh pulak sukan perempuan ..mereka tukar . bola sepak jadi bola tampar.. adushh~! saya dah laa xreti nak main bola tampar nih..tapi akhirnya membuat keputusan nak main jugak..hehe . kami membahagi pengawas kepada Dua kumpulan. Saya tak sama kumpulan dengan kembar saya pun >yaya< . tapi last-2 saya main dalam kumpulan yaya jugak kikih.. syok sangat main bola tampar yang tak habis-2 ditampar jatuh..ditampar jatuh tanpa dibalas oleh pihakk lawan.. ye laa.. semua tak reti nak main. yaya jaa yang tampar..lawak lah.. saya rasa nak pecah perut dah gelak jaa... then, saya tengok pengawas lelaki main bola jaring... kelakar sungguh mereka main..tau tak nape? sebab dorang main dah la langgar-2 sampai jatuh-2 disebabkan satu bola..hehe perempuan tak ganas pun macam tuh. tiba-2 muncul satu permainan yang tak tahu ditubuhkan oleh siapa... permainan itu menggunakan gelung dan sambung-2 macam kereta api.. dengan saya-2 sekali ditarik main.. tapi pa lagi.. saya pun lari lah tak nak main. bila mereka dah tak kejar saya... nak main bola tampar semula.. lelaki pulak sibuk nak main bola tampar.. kami yang perempuan benggang laa.. kami pa lagi.. lari pergi main bola jaring pulakk.. saya jadi semua posisi..hehe sepanjang kami bersukan..urusetia pasang lagu GWIYOMI.. kami pengawas-2 nih pun buat lah gwiyomi sambil bersukan >sempat lagi kan< comel-2 ja dorang buat. then jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang. tiba waktunya untuk makan.. yeay! nak tau makan apa? kami makan nasi ayam.. >sedap tau< waktu yang diperuntukkan untuk makan adalah sampai pukul 6.45 petang dan cawan yang diberikan kena tulis nama.. sebab kena guna cawan tuh sampai habis program kem nih..tapi dengan tangan saya terluka sedikit.. mengambil masa yang lama jugak untuk menghabiskan nasi tersebut. sebab nak tunggu urusetia ambilkan sudu lagi. saya makan sampai 6.50 petang.. lama betul.. orang lain semua dah pergi mandi.. saya sorang-2 ja duk kat tengah-2 dataran makan .. pelik bebenor laa..sudah selesai makan ..pa lagi.. saya pun lari lah pergi mandi sebab urusetia kata siapa lambat denda akan diberikan secara rawak..> ayat ini sentiasa diulangi< kikikih..selesai mandi kami semua pergi ke dewan untuk solat maghrib ^^ > surau tak digunakan sebab tempat tidur lelaki< selesai ja solat maghrib .. aktiviti kem terpaksa ditangguhkan selepas solat isyak.. akan tetapi program diisi dengan usrah yang disampaikan oleh cikgu Syaaz. Usrah yang disampaikan oleh cikgu Syaaz sangat menyedihkan sehingga ramai pengawas yang mengalirkan air mata.. erkk saya? saya tak kot..hehe.lelaki tak menghayati langsung..siap ada yang borak sambil bergelak ketawa lagi uh.. haii sabar je lah. masuk pulak waktu isyak.kami menjalankan tanggungjawab kami kepada-Nya iaitu solat isyak. selesai solat isyak.. kami semua masuk ke dalam bilik hujrah.. aktiviti pertama dimulakan oleh Fazliana. aktiviti pertama ini dinamakan "Ice Age 4" agak aneh bunyi nyaa... tapi aktiviti ini sama dengan ice Breaking. aktivitinya .. apa yang disuruhnya kami kena ikut.. contohnya "kena cari orang yang sama bulan lahir " "cari orang yang kasut sama ""kena cari orang yang baju sama".. kami dah kelam kabut dah lari-2..haha bila diingat rasa nak gelak jaa.. itu hanya permulaan.. aktiviti yang sebenarnya.. urusetia memberikan kertas mahjung..dan pen marker.. mereka menyuruh kami mereka nama kumpulan,logo,moto,laungan semangat. kami pun buat apa yang disuruh..tapi saya akan terangkan apa yang kumpulan saya buat saja... Nama kumpulan saya :Choco-latte >diberi oleh saya sendiri< .. logo kami: ada gambar unggun api yang didalamnya ada gambar tangan bersalaman >gambar juga saya yang lukis< walaupun buruk..hehe moto kami : kami sentiasa bersemangat setiap masa..kami sentiasa bersama setaip waktu.. ^^ .. laungan kumpulan saya pula :choco2 choco-latte X3 .. aktiviti ini mengambil masa yang lama jugak.. sampai jam 11 malam.. selesai aktiviti ini.. disambung pula dengan aktiviti "MALAM MUDA-MUDI" cepat2 cuba teka apa yang kami kena buat?? teka laa..tak pa lah..saya bagitahu.. kami kena membuat persembahan iaitu melakonkan filem malaysia dengan loghat yang dicabut oleh ketua kumpulan kami. loghat yang ada ..kelantan,negeri sembilan, Cina,penang,kedah,indonesia,sabah dan johor.. kumpulan saya mendapat loghat indonesia. muahaha... kalau kembar saya pula loghat kelantan.. gila-2 la malam muda -mudi ni.. ketawa tak henti-2 kalau korang join.. dari malam lakonan tuh..pengawas semua panggil kembar saya "MEK " kumpulan kembar saya melakonkan filem ombak rindu.. dasyat la yaya.. cakap fasih giloss..hehhe..kumpulan saya melakonkan cerita bini-bini gangster.. >gangster ke?< waktu aktiviti ini dijalankan.. urusetia menyediakan air mineral dan makanan ringan . Wah..untung la jugakk.. selepas aktiviti ni..dalam kalangan kami..ada 8 orang dipilih untuk meneruskan aktiviti ada bran ke?? >uji diri< setelah itu,kami meneruskan aktiviti.. santai malam..>Aktiviti ini membuatkan kaki saya sangat-2 sakit< aktiviti ini...mata kami ditutup.. kena pegang baju ahli-2 kumpulan.. aktiviti ni..jalan ada..lompat2 ada.. langkah besar ada.. tunduk ada... pegang tali ada..lalu bawah meja pun ada... yang kesiannya.. ketua kumpulan saya iaitu Ejoy..F3..langgar dinding.. sebaik tak benjol.. tapi dia lah yang berjaya membawa kami dengan selamat ke tempat penamat..yeay!! kami adalah kumpulan kedua terakhir yang melakukan aktiviti ini... apabila selesai kumpulan terakhir ...kami ada minum malam..minum malam yang diberikan ialah air teh panas dengan biskut gula ^^ .. mata dah macam ini dah -,- ..hehe tapi mata saya tak... nak tau nape?? menunggu masa untuk telefon bimbit dipulangkan.. sebab saya nak ucapkan Gudnite dekat orang-2 yang saya sayang ^^.. selepas telefon dipulangkan ..kami dibenarkan rehat.. tapi tengok jam pun pukul 3 pagi.. nak tido pa yaa... eh3.. lupa nak cakap.. Tahnks to my mum and my little sister sebab sanggup hantarkan Toto >tempat tidur uh< untuk saya... ye la kan..saya tak boleh tidur bawah..mula-2 segan nak pkai..tapi dah penat dah tak fikir dah semua tuh...saya sayang ibu saya.. love u mum ^^.. K.tidurr ZzzZZzzzzZ.. Esoknya kena bangun pagi pukul 5.30 pagi.. alahai..ngantuk nyaaaa -,- .. kami semua kena mandi dan kena sampai tempat solat sebelum kul 6.15 pagi..kalau tak kena denda...selesai solat subuh... sedikit ceramah diberikan oleh muhammad luqmanul hakim... tapi yang sedihnya... semua orang tak dengar ceramah yang diberikan sebab semua tidur..haha.. luqman siap suruh kami menanyakan soalan kepadanya tentang apa yang kami taktahu tentang agama..tapi semua tak tanyaa..sian3.. saya dengar je lahh apa yang dia nak cakap.. sambil menunggu cikgu julaidah ke apa nama >guru PPKI< untuk memulakan aktiviti senaman pagi.. macam2 gaya senaman kami buat..kami sporting..heheheheh.. selesai senaman pagi .. kami disediakan oleh urusetia makan pagi.makan pagi iaitu bihun. sedikit komen diberikan oleh para pengawas untuk makan pagi tersebut.. komennya adalah "Masin sungguh bihun". itulah kata2 yang boleh diberikan setelah merasa makan pagi tersebut.air pula ..air teh. setelah habis makan pagi..aktiviti dilanjutkan lagi ...dengan aktiviti fear factor.. >aktiviti explores< eh betul ke ejaan ni? faham2 ja lah yaa.. ^^ ..aktiviti ni ada beberapa check point..iaitu cari barang, masukkan air dalam botol,cari kata, susun kertas yang diberikan kepada ejaan SMKST, simpulan kasih sayang >berbelit-2 tali kat tangan kitaorg<, tebuk pasir> xbest< dan akhir sekali ..jawab soalan dalam kertas.. kalau salah kena makan sayur-sayuran >meloyakan< aktiviti yang paling saya suka dalam aktiviti fear factor ni adalah simpulan kasih sayang... dan aktiviti yang paling membosankan adalah tebuk pasir... Lepas aktiviti ini... kaki saya yang mulanya sakit yang tak beberapa nak sakit terus menjadi sakit berdenyut-2.Dapatkah anda bayangkan?? hmm.. then terus sambung aktiviti origami..>iaitu bina bangunan menggunakan straw< dah biasa kan...tak payah diceritakannya ..^^ tapi yang paling menyedihkan.. saya tak dapat mengikuti aktiviti runningman.. sebab kaki dah kritikal sakit. saya duk kat pondok dekat pandang tuh.. yang lain semua meneruskan aktiviti runningman.. aktiviti nih..saya tengok best jaa... setiap kumpulan harus melalui pelbagai cabaran untuk sampai ke penamat.cabaran-cabaran nya adalah seperti berikut :goyang sambil memakai gelung.. ,bawa bola ping pong pakai mulut, tiup serbuk kopi untuk dapatkan gula-2, tiup belon sampai pecah, kupas bawang merah..> seorang demi seorang ahli kumpulan kena melalui< apabila sampai penamat.. kaki diikat dengan tali menyambungkan kaki setaip ahli.. kena jalan sampai padang dekat kantin. jalan dah macam kawad dah... dorang siap sebut "kanan,kiri,kanan" rugi nyaa tak join... v-v ...selepas aktiviti ini kami dibenarkan untuk membersihkan diri... jam 1,15 kami berkumpul di dewan...lelaki pergi solat jumaat ..manakala perempuan membersihkan kawasan sekolah..penatnyaa...Telefon bimbit dipulangkan semula.. alamak..ada 2 mesej.. daripada orang yang sama ^^ Jam dua petang ... kami diarahkan ke kantin untuk makan tengahari..makanan berlauk.. kari ayam dan sayur .. >dah muak nak makan sayur.. sebab tadi dah terpaksa makan sayur mentah satu pinggan setiap ahli.. heheh.. kemudian jam 2..30 dah nak start majlis penutup..tiba-2 ibu call suruh hantar beg dekat pagar..ibu bawa balik semua beg saya... beruntungnya saya... tak perlu bawa beg berat-2 balik.. terima kasih ibu.. sayang ibu sangat-2.. hehe ..majlis penutup ringkas sahaja. tiada ucapan.. komen diberikan oleh ketua >RASHDAN< dan penolong ketua pengawas>FARIHA< mengenai kem >prefect fun day<... penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Fara Dhila kepada kumpulan-2 yang menang...tapi semua kumpulan dapat... kami semua disuruh membuat dua baris lelaki dan perempuan... kemudian bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. kemudian kami dibenarkan untuk pulang ke rumah..tetapi pengawas tingkatan lima masih belum pulang lagi kerana ingin bergambar bersama urusetia kem >pengawas-2 tingkatan 4< ... Apabila selesai bergambar bersama pengawas tingkatan-4 .. kami semua pulang ke rumah masing-2 .. TAMAT. Terima kasih kerana setia membaca sehingga dipenghujung cerita ^ ^

Mei 09, 2013

Alahai~ Malunyaa aku

Assalamualaikum. Alahai. Malunya aku tadi waktu sudah habis rehat. Aku bertugas dekat tingkat 2 blok D. Then, waktu nak masuk kelas tadi.. Abang makmal dan mak cik cleaner tuh keluar dari bilik tengah-tengah makmal.LePas tuh..aku nampak dekat atas bahu abang tuh ade something yang panjang. Aku pun dah seram..Terus jalan laju sikit.. then abang tuh boleh pulak tegur aku dan kata "takut ular ek??". Aku mula-mulanya yang jalan agak laju.. terus lari bila dia angkat benda panjang uh dari atas bahu dia.. Siap tunjuk-tunjuk dekat aku lagi pulak tuh.. Kembar aku boleh pulak dia gelakkan aku. Dia sempat cakap dengan abang tuh.. Dia kata abang tuh tanya dekat dia..macam nih "dia takut ular ke??" .. sambil ketawa yaya cakaplah "Aah. Dia takut ular.haha" . Malu tak malu aku.. Aish , kenapalah aku takut sangat eh? *Fikir sekejap* Dengan ular mainan pun aku takut. apatah lagi dengan gambar ular. Orang tunjuk dekat aku pun , aku campaknya surat khabar tuh.. Kadang-kadang tengah termenung sekejap.. orang boleh pulak terkejutkan aku ..macam gini "Ina, Ular!" ..Aku pun apa lagi.. dah lari keliling kelas dah.. Sabar ja lah aku. Aku rasa trauma sudah berlebihan ni. Terlalu takut mungkin akibat daripada tengok Drama lah ni. sikit-sikit buat orang kena patuk saja. Hmm.. Then, muka ular tuh dah lah seram. Aish.. Acano nih? Hah.. Malunya .. Tak terkata aku tadi. Dah lah arituh Pergi TS .. teman kawan masuk kedai jual barang-barang hantu. Tapi Bila dia angkat jaa ular mainan tuh.. aku apa lagi... Dah lari macam orang nampak hantuu. Terkejut dia..sampai kejar aku minta maaf. Please,Jauhkan aku daripada benda uh. aku takut gilaaa meyh. Haa.. peristiwa ke berapa dah ni? Aku rase dah kali ketiga dah. Harap-harap aku cepat-cepat lah hilang rase takut dekat binatang uh. Hah.. Takut lah pulak aku nak bertugas dekat tingkat 2 esok. Nanti abang makmal bawak benda mainan tuh lagi macam mana? ha.. Seram..seram~ Okaylah.. korang jangan gelak sangat baca cerita aku nih.. Malu aku nanti .. okay?? Babai .Assalamualaikum.. Dan selamat petang :)

Mei 08, 2013

Soalan Apakah ini?? Sengal~

Assalamualaikum. Cepat jawab! hehe Hai,sebaiklah blog ni boleh aku bukak .ingatkan tak boleh nak buka dah. ha..rindunya dekat blog aku nih.. al-makluman lah agak sibuk awal-awal tahun ni. Lagipun tak ade cerita yang nak dikongsikan.Tapi Hari ini, ada cerita yang nak dikongsikan. Harap korang ambil iktibar daripada cerita aku. Okay? Ceritanya begini, sebaik sahaja aku balik dari sekolah tadi,aku tengok handphone. Ada Satu perbualan yang masuk daripada WeChat.Aku pun tengoklah WeChat tuh. WeChat tuh dihantar oleh Seorang Manusia yang diberi nama SAZWAN.Aku pun Xkenal dia ni siapa.Tapi Mula-mulanya, dia tegur aku dengan memberikan salam. Kemudian ia bertanya kepada aku.. "Awak ni nama siapa?" . Aku pun memberikan jawapan daripada soalan yang diberikan kepada aku.. "nama saya Natrah Farina".Dia Bertanya lagi.. "Awak ni orang mana?" lalu aku menjawab dengan panjangnya.. "Bandar sri Permaisuri ,cheras,Kuala Lumpur".Nak dipendekkan ceritanya.. dia bermula dengan kata-kata yang baik.Akan tetapi,kata-kata yang baik daripadanya berubah kepada soalan yang kurang sopan untukku. Soalannya "Awak pernah kiss kawan lelaki awak tak?". Aku pun apa lagi.. sound terus lah dia macam nih "kau nih dah kenapa? Taksihat? Sakit?". Tapi dia tetap suruh aku jawab soalan bodoh dia tuh. aku pun dah beremosi..So aku jawab lah begini.. "Eh senget. Kau nih pun agak-agak lah tanya soalan macam tuh. Kau ingat aku ni Perempuan jenis yang macam mana. Aku baik.. tak ada masa nak kiss ..kiss orang nih.Aku kiss mak aku jaa".Dia pun menjawab WeChat aku tuh macam Ini "Oh,sory. Saya Taktahu lak Awak tak pernah Kiss Pakwe awak ". Time ni..aku dah rase nak cekik-cekik jaa dia ni.. haha..tapi aku sabar. Dia Hantar WeChat lagi dekat aku .." Awak ni.. masih ade D_R_?" (isikan dengan huruf A). Aku pun terfikir.. Otak dia nih Kotor dah ni. Aku jawablah "Eh.tadi sudah minta maaf..sekarang tanya lagi. Kebodohan apakah yang sedang kau tunjukkan ini?. Lalu ia bertanya.."Salahkah saya bertanya begitu?" aku pun cakap dalam hati aku.. "amboi ..skemanya kau..perli aku kah?" aku menjawab soalan dia.. "Boleh . Tapi itu Kau cari Mati". Dia hantar ape.. Nak tahu? dia hantar dekat aku macam ini "Alaa..maaflah. Sy hanya bergurau". Aku baca pun makin panaslah kan.boleh pula dia cakap yang dia hanya bergurau.Janggut kau! itu kau jadikan gurauan.aku hantar WeChat dekat dia.." ouh.Gurau. Maaflah saya tak ada masa nak bergurau dengan awak and one more thing.. Jangan tanya orang lain macam itu..nanti maut menjelma.HAHA". Terus aku block dia.. Padan muka kau!tulah kau. elok-elok boleh berkawan..terus tak boleh dah. Aku harap tak ada dah la orang tanya aku macam ni.Ambil iktibar tauu tauu..korang :) nice,sekian. Assalamualaikum.