JellyPages.com

Ogos 30, 2013

Kenapa cerita itu sgt menyedihkan?

Hai dan Assalamualaikum semua... hari ne sy rasa nak update sesuatu... Mengenai ceria yg sentiasa membuatkan sy tertarik untuk menonton cerita tersebut... It's about love... Tp cerita tuh sangat menyentuh hati sy ... Sebab kisah cinta tuh menyedihkan... ceritanya bermula di kampus dimana mereka berdua belajar dan mengenali antara satu sama lain... Pada suatu hari, seorang lelaki menuju ke arah pondok di mana seorang perempuan sedang menghabiskan waktu rehatnya di situ... Secara tiba- tiba lelaki tersebut mengambil bungkusan keropok daripada perempuan itu... Lalu perempuan itu terkejut dengan sikap lelaki itu... Dari situ la bermulanya perkenalan mereka... Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya kepada perempuan itu... Dia menyebut namanya Adam Daniel.. Lalu ia menanyakan nama perempuan itu... Perempuan itu menyatakan namanya ialah Puteri Nur Huda. Nama ringkasnya puteri. Mereka mula mengenali hati budi masing-masing sehingga mereka menamatkan pengajian mereka. Lalu,mereka mendapat pekerjaan. Hubungan mereka masih bertahan walaupun bekerja dalam bidang yang berlainan. Perkenalan mereka sudah hampir 6 tahun.. Akhirnya mereka menamatkan zaman bujang pada tahun itu. Walaupun perempuan itu agak manja tetapi ia seorang yang setia kepada suaminya.. Setiap hari pasti ia tidak akan lupa untuk menghantar pesanan ringkas kepada suaminya untuk mengucapkan selamat bekerja sesudah dia sampai di pejabat. setiap kali waktu makan tengah hari, suaminya pasti akan menjemputnya di pejabat untuk makan tengah hari bersama. Mereka menjalani hari-hari mereka dengan bahagia. Pada suatu hari, selepas habis waktu kerja.. Puteri mahu pulang ke rumah... Malangnya ia tiba-tiba lupa jalan balik ke rumahnya... Beberapa minit kemudian ia teringat semula lalu terus balik ke rumah.. Pada malam itu, puteri menceritakan hal itu kepada suaminya adam. Kerana terlalu merisaukan keadaan isterinya.. Adam telah membawa puteri ke hospital. Doktor telah mengesyorkan agar puteri membuat MRI. Hasil tersebut keluar seminggu selepas dari tarikh mereka membuat MRI. hasil MRI menunjukkan bahawa puteri menghidap penyakit Alzheimer. Perasaan adam pada saat itu sangat sedih sehingga ia menitiskan air mata di depan isterinya,puteri. sejak dari hari itu, Adam sentiasa mengingatkan isterinya tentang semua perkara. Pada suatu malam.. Semasa mereka sedang menonton televisyen.. Adam menyuruh isterinya berhenti bekerja dan tinggal di rumah sahaja.. Isterinya hanya akur sahaja pada arahan suaminya. Suaminya khuatir isterinya semakin teruk. Hari demi hari,keadaan isterinya semakin teruk. Satu per satu memori ingatannya hilang. Suaminya,adam sangat mengambil berat tentang isterinya. Pada suatu hari, semasa suaminya pulang ke rumah.. Dia tidak mengenali suaminya. Bertapa sedihnya perasaan adam ketika itu.. Sekali lagi ia menitiskan air matanya untuk isteri yang sangat dia cintai. Keesokan harinya, adam mengambil cuti. Dia memikirkan cara supaya isterinya sentiasa mengingatinya. Adam mendapat satu idea. Dia mengambil semua gambar kenangannya bersama puteri. Ia menggantung gambar-gambar kenangan tersebut pada dinding beserta sedikit nota di bawah gambar tersebut. Keesokan harinya... Adam terpaksa bekerja semula. Gambar-gambar yang digantung pada dinding telah dilihat isterinya. Isterinya mula ingat tentang suaminya,adam. Ia menuliskan sepucuk surat untuk suaminya,adam. Lalu keluar rumah tanpa membreritahu suaminya. Pulang suaminya dari tempat kerja... Ia melihat gambar-gambar di dinding telah dicabut. Ia mula risau. Dia mendapati sepucuk surat di atas meja di ruang tamu. Lalu dia membuka dan membaca surat tersebut. Isi surat tersebut ditulis begini... "Sayang.. maafkan saya kerana terlupa tentang awak. Bukan saya sengaja melupakan awak. Awak tolong jangan salahkan saya..dari dulu sehingga kini saya hanya mencintai awak. Tak ada yang lain di dalam hati saya. Hanya awak yang sentiasa membuat saya tersenyum di setiap hari-hari saya. Hanya awak pelengkap hidup saya. Sekarang saya sudah ingat tentang awak semula.. Tapi saya takut. Takut terlupa tentang awak lagi. Saya takut awak akan tinggalkan sy. Saya takut awak akan mencari pengganti saya. Maafkan sy." sesudah dia membaca surat daripada isterinya... Ia berlari keluar dari rumah dan menaiki kereta dan menuju ke tasik yang menjadi tempat kegemaran dia dan isterinya, puteri . Puteri berada di situ . Ia kelihatan sedang menangis. Lalu suaminya datang mendapatkannya. Adam menjawab segala persoalan isterinya yang dinyatakan dalam surat. Dia menyatakan tiada siapa bertakhta dihatinya kecuali isterinya yang tercinta. Adam memeluk isterinya. Isterinya menyatakan ia takut tidak dapat melihat matahari terbit lg. Adam menenangkan isterinya. Lalu menyuruh isterinya berehat dan sandar pada bahunya. Di situ .. Isterinya telah menghembuskan nafas terakhir di samping suami yang sangat dia cintai.. so sweet. Terima kasih kerana telah membaca cerita ini. ^-^