JellyPages.com

Mei 29, 2013

Sedih Yang Tak Terkata

Assalamualaikum.. Hai..selamat malam... hari ni baru boleh update.. ingat nak update semalam..tapi terlampau sedih dan ditambah dengan air mata yang mengalir tanpa berhenti..hmm sah memang tak boleh nak update kalau gitu.. Tapi alhamdulillah..sekarang sedih pun sudah berkurang.. Jadi boleh la berkongsi cerita dengan anda semua ^ ^ .Ceritanya bermula begini... sewaktu sedang berkumpul di dalam bilik bersama kakak dan kembar saya.. kembar saya menunjukkan sesuatu maklumat yang dikongsi oleh rakan WeChatnya.. maklumat tuh agak sensitif.. tiba-2,kakak saya pukul tangan saya.. saya pun tak faham kenapa dia pukul saya. saya pun bertanya kepada dia.. "kenapa kau pukul-2 tangan aku ni?" Then.. dia cakap " Kau kan yang kongsi maklumat tuh?".. saya membalas kata-2nya itu.. "Bukan aku lah.. kau ni..tuduh-2 aku pulak ".. dia balas balik kata-2 aku.. " Apa pasal yaya tunjuk kau maklumat tuh?" then.. dia pukul balik tangan saya.. saya cuba mengelak daripada dipukul tetapi sesuatu kejadian telah berlaku .. gelang yang amat saya sayangi.. yang sentiasa saya simpan dengan baik telah putus.. sewaktu gelang tuh terputus.. saya terus tergamam.. mulut saya tidak langsung mengeluarkan kata-2... perasaan sedih tiba-2 muncul dalam diri.. air mata mengalir tanpa saya sedari.. saya cuba sedaya upaya saya untuk mendapatkan kembali manik-2 gelang tuh.. walaupun terpaksa menanggung rasa sakit di bahagian belakang badan. Saya cari-2.. akhirnya berjaya mendapatkan semua manik-2 gelang itu balik... tapi malangnya.. tali gelang sudah pendek..tak boleh disambung lagi. saya menangis dan terus menangis tanpa henti. bayangkan..first time saya menangis sampai pukul 3.00 pagi..walaupun ada yang menenangkan hati ini.. tapi hati still tak tenang..sebab saya dibendung rasa bersalah kepada Si dia yang amat saya sayangi.. Dia dapat menjaga barang yang saya beri dengan baik.. tetapi saya?? sungguh menyedihkan.. walaupun dia cuba menenangkan hati saya dengan kata-2nya.. seperti "Takpa lah..dah jadi..nanti saya beli yang baru" tapi saya tetap rasa sedih...sebab gelang tuh saya simpan dah 3 tahun. tak pernah saya menangis sebelum ini bila sesuatu benda atau barang rosak..Tapi taktahu kenapa bila gelng putus saya terus menangis. saya menangis sebab gelang tuh la barang yang amat saya sayang. walaupun lagu dapat menenangkan saya sewaktu saya sedih ,gelisah dan takut.. tapi lagu tak dapat menenangkan saya ketika saya sedih kerana gelang saya putus. saya cuba berzikir untuk menenangkan saya.. Alhamdulillah ia dapat menenangkan semula hati saya yang sedih .. terima kasih kepada kawan saya yang telah memberikan pendapat ataupun nasihat kepada saya.. then, tadi saya pergi kedai untuk mencari tali getah gelang... akhirnya ada dijual.. yeay! terasa happy. tapi saya tak pandai nak ikat balik gelang tuh... tetapi ibu saya telah bantu saya untuk ikat semula gelang tuh ^ ^.. thank tou so much ibu.. saya sayang ibu... ibu selalu ada untuk membantu saya.. ibu memang ibu paling terbaik dalam hidup saya.. tapi sampai saat ini pun.. rasa bersalah still ada dalam diri ne.. ha.. rasa nak nangis pulak update pasal benda ne.. To MLB .. i'm Sorry.. sorry and sorry.. tak dapat maafkan diri ni lagi... okay la.. Tuh je yg boleh diceritakan..walaupun panjang lagi cerita.. tapi ...tak da pape lah.. okay lah..bye Assalamualaikum..

Mei 27, 2013

Kem (PREFECT FUN DAY)

Assalamualaikum... sebenarnya nak mengupdate pada hari jumaat yang lepas... tapi lupaa laa...hehe apa-2 hal.. saya nak cerita sekarang...okay jom baca ^^ . Al-kisahnya begini.. start pendaftaran pada jam 3.30 petang hari khamis. saya datang tepat-2 kat kaunter pendaftaran uh kul 3.30 petang.. baik tak?? masa pengawas-2 mendaftar .. urusetia iaitu pengawas tingkatan 4.. mereka memberikan kami semua reben yang perlu dipakai sepanjang 2 hari 1 malam. Pada mulanya , saya dapat warna ungu (PURPLE) mula-2 sudah gembira sebab dapat warna tuh.. tapi boleh pulak urusetia cakap salah warna.. tuh kembar punya.. sedih jaa... saya sebenar-2nya dapat warna coklat. kemudiannya.. selepas pendaftaran, ahli urusetia yang bernama Alif khairuddin memberitahu jadual-2 aktiviti atau program yang akan berlangsung selama 2 hari 1 malam . Saya dengan focusnya mendengar semua yang diberitahu oleh urusetia . Bila dengar program-2 uh.. rasa tertarik untuk mengetahui apakah aktiviti-2 tersebut. sebab apa? sebab ... nama-2 aktiviti yang diberikan sangat aneh. Selepas urusetia sudah habis memberitahu aktiviti-2 kem..sebelum tuh urusetia bole pulak dia ingat pasal telefon bimbit.. mereka suruh kumpulkan dan beri kepada mereka. dan akhirnya selesai.. haii jangan lupa kita ada pengetua yang selalu nak memberikan semangat.. hehe . Oh ucapannya menyentuh hati betul lah. pengetua cakap nak ikut kem ni sekali tapi dia kena balik kampung sebab ayahnya sakit. Hmm... takpa-2.Kami memahami mu wahai Puan Pengetua ^^ . seterusnya, selepas ucapan pengetua.. masuk la waktu solat Asar. ahli urusetia iaitu muhammad luqmanul hakim memberitahu siapa yang akan menjadi imam dan siapa yang menjadi bilal.Ini diadakan untuk melatih para pengawas supaya boleh menjadi imam dan bilal kelak. Apabila selesai solat Asar.. aktiviti yang pertama adalah senam petang ( sukan petang).mula-2 kami sudah dapat agak yang senam petang tuh sukan punyaa... tapi yang membuatkan kami nak tergelak adalah sukan lelaki "bola jaring" dan perempuan pula "bola sepak" .Hahaha.. kami mula-2 protes >membangkang< .. tapi nak wat macam mana... terpaksa redha laa kan. waktu nak main sukan ni.. boleh pulak sukan perempuan ..mereka tukar . bola sepak jadi bola tampar.. adushh~! saya dah laa xreti nak main bola tampar nih..tapi akhirnya membuat keputusan nak main jugak..hehe . kami membahagi pengawas kepada Dua kumpulan. Saya tak sama kumpulan dengan kembar saya pun >yaya< . tapi last-2 saya main dalam kumpulan yaya jugak kikih.. syok sangat main bola tampar yang tak habis-2 ditampar jatuh..ditampar jatuh tanpa dibalas oleh pihakk lawan.. ye laa.. semua tak reti nak main. yaya jaa yang tampar..lawak lah.. saya rasa nak pecah perut dah gelak jaa... then, saya tengok pengawas lelaki main bola jaring... kelakar sungguh mereka main..tau tak nape? sebab dorang main dah la langgar-2 sampai jatuh-2 disebabkan satu bola..hehe perempuan tak ganas pun macam tuh. tiba-2 muncul satu permainan yang tak tahu ditubuhkan oleh siapa... permainan itu menggunakan gelung dan sambung-2 macam kereta api.. dengan saya-2 sekali ditarik main.. tapi pa lagi.. saya pun lari lah tak nak main. bila mereka dah tak kejar saya... nak main bola tampar semula.. lelaki pulak sibuk nak main bola tampar.. kami yang perempuan benggang laa.. kami pa lagi.. lari pergi main bola jaring pulakk.. saya jadi semua posisi..hehe sepanjang kami bersukan..urusetia pasang lagu GWIYOMI.. kami pengawas-2 nih pun buat lah gwiyomi sambil bersukan >sempat lagi kan< comel-2 ja dorang buat. then jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang. tiba waktunya untuk makan.. yeay! nak tau makan apa? kami makan nasi ayam.. >sedap tau< waktu yang diperuntukkan untuk makan adalah sampai pukul 6.45 petang dan cawan yang diberikan kena tulis nama.. sebab kena guna cawan tuh sampai habis program kem nih..tapi dengan tangan saya terluka sedikit.. mengambil masa yang lama jugak untuk menghabiskan nasi tersebut. sebab nak tunggu urusetia ambilkan sudu lagi. saya makan sampai 6.50 petang.. lama betul.. orang lain semua dah pergi mandi.. saya sorang-2 ja duk kat tengah-2 dataran makan .. pelik bebenor laa..sudah selesai makan ..pa lagi.. saya pun lari lah pergi mandi sebab urusetia kata siapa lambat denda akan diberikan secara rawak..> ayat ini sentiasa diulangi< kikikih..selesai mandi kami semua pergi ke dewan untuk solat maghrib ^^ > surau tak digunakan sebab tempat tidur lelaki< selesai ja solat maghrib .. aktiviti kem terpaksa ditangguhkan selepas solat isyak.. akan tetapi program diisi dengan usrah yang disampaikan oleh cikgu Syaaz. Usrah yang disampaikan oleh cikgu Syaaz sangat menyedihkan sehingga ramai pengawas yang mengalirkan air mata.. erkk saya? saya tak kot..hehe.lelaki tak menghayati langsung..siap ada yang borak sambil bergelak ketawa lagi uh.. haii sabar je lah. masuk pulak waktu isyak.kami menjalankan tanggungjawab kami kepada-Nya iaitu solat isyak. selesai solat isyak.. kami semua masuk ke dalam bilik hujrah.. aktiviti pertama dimulakan oleh Fazliana. aktiviti pertama ini dinamakan "Ice Age 4" agak aneh bunyi nyaa... tapi aktiviti ini sama dengan ice Breaking. aktivitinya .. apa yang disuruhnya kami kena ikut.. contohnya "kena cari orang yang sama bulan lahir " "cari orang yang kasut sama ""kena cari orang yang baju sama".. kami dah kelam kabut dah lari-2..haha bila diingat rasa nak gelak jaa.. itu hanya permulaan.. aktiviti yang sebenarnya.. urusetia memberikan kertas mahjung..dan pen marker.. mereka menyuruh kami mereka nama kumpulan,logo,moto,laungan semangat. kami pun buat apa yang disuruh..tapi saya akan terangkan apa yang kumpulan saya buat saja... Nama kumpulan saya :Choco-latte >diberi oleh saya sendiri< .. logo kami: ada gambar unggun api yang didalamnya ada gambar tangan bersalaman >gambar juga saya yang lukis< walaupun buruk..hehe moto kami : kami sentiasa bersemangat setiap masa..kami sentiasa bersama setaip waktu.. ^^ .. laungan kumpulan saya pula :choco2 choco-latte X3 .. aktiviti ini mengambil masa yang lama jugak.. sampai jam 11 malam.. selesai aktiviti ini.. disambung pula dengan aktiviti "MALAM MUDA-MUDI" cepat2 cuba teka apa yang kami kena buat?? teka laa..tak pa lah..saya bagitahu.. kami kena membuat persembahan iaitu melakonkan filem malaysia dengan loghat yang dicabut oleh ketua kumpulan kami. loghat yang ada ..kelantan,negeri sembilan, Cina,penang,kedah,indonesia,sabah dan johor.. kumpulan saya mendapat loghat indonesia. muahaha... kalau kembar saya pula loghat kelantan.. gila-2 la malam muda -mudi ni.. ketawa tak henti-2 kalau korang join.. dari malam lakonan tuh..pengawas semua panggil kembar saya "MEK " kumpulan kembar saya melakonkan filem ombak rindu.. dasyat la yaya.. cakap fasih giloss..hehhe..kumpulan saya melakonkan cerita bini-bini gangster.. >gangster ke?< waktu aktiviti ini dijalankan.. urusetia menyediakan air mineral dan makanan ringan . Wah..untung la jugakk.. selepas aktiviti ni..dalam kalangan kami..ada 8 orang dipilih untuk meneruskan aktiviti ada bran ke?? >uji diri< setelah itu,kami meneruskan aktiviti.. santai malam..>Aktiviti ini membuatkan kaki saya sangat-2 sakit< aktiviti ini...mata kami ditutup.. kena pegang baju ahli-2 kumpulan.. aktiviti ni..jalan ada..lompat2 ada.. langkah besar ada.. tunduk ada... pegang tali ada..lalu bawah meja pun ada... yang kesiannya.. ketua kumpulan saya iaitu Ejoy..F3..langgar dinding.. sebaik tak benjol.. tapi dia lah yang berjaya membawa kami dengan selamat ke tempat penamat..yeay!! kami adalah kumpulan kedua terakhir yang melakukan aktiviti ini... apabila selesai kumpulan terakhir ...kami ada minum malam..minum malam yang diberikan ialah air teh panas dengan biskut gula ^^ .. mata dah macam ini dah -,- ..hehe tapi mata saya tak... nak tau nape?? menunggu masa untuk telefon bimbit dipulangkan.. sebab saya nak ucapkan Gudnite dekat orang-2 yang saya sayang ^^.. selepas telefon dipulangkan ..kami dibenarkan rehat.. tapi tengok jam pun pukul 3 pagi.. nak tido pa yaa... eh3.. lupa nak cakap.. Tahnks to my mum and my little sister sebab sanggup hantarkan Toto >tempat tidur uh< untuk saya... ye la kan..saya tak boleh tidur bawah..mula-2 segan nak pkai..tapi dah penat dah tak fikir dah semua tuh...saya sayang ibu saya.. love u mum ^^.. K.tidurr ZzzZZzzzzZ.. Esoknya kena bangun pagi pukul 5.30 pagi.. alahai..ngantuk nyaaaa -,- .. kami semua kena mandi dan kena sampai tempat solat sebelum kul 6.15 pagi..kalau tak kena denda...selesai solat subuh... sedikit ceramah diberikan oleh muhammad luqmanul hakim... tapi yang sedihnya... semua orang tak dengar ceramah yang diberikan sebab semua tidur..haha.. luqman siap suruh kami menanyakan soalan kepadanya tentang apa yang kami taktahu tentang agama..tapi semua tak tanyaa..sian3.. saya dengar je lahh apa yang dia nak cakap.. sambil menunggu cikgu julaidah ke apa nama >guru PPKI< untuk memulakan aktiviti senaman pagi.. macam2 gaya senaman kami buat..kami sporting..heheheheh.. selesai senaman pagi .. kami disediakan oleh urusetia makan pagi.makan pagi iaitu bihun. sedikit komen diberikan oleh para pengawas untuk makan pagi tersebut.. komennya adalah "Masin sungguh bihun". itulah kata2 yang boleh diberikan setelah merasa makan pagi tersebut.air pula ..air teh. setelah habis makan pagi..aktiviti dilanjutkan lagi ...dengan aktiviti fear factor.. >aktiviti explores< eh betul ke ejaan ni? faham2 ja lah yaa.. ^^ ..aktiviti ni ada beberapa check point..iaitu cari barang, masukkan air dalam botol,cari kata, susun kertas yang diberikan kepada ejaan SMKST, simpulan kasih sayang >berbelit-2 tali kat tangan kitaorg<, tebuk pasir> xbest< dan akhir sekali ..jawab soalan dalam kertas.. kalau salah kena makan sayur-sayuran >meloyakan< aktiviti yang paling saya suka dalam aktiviti fear factor ni adalah simpulan kasih sayang... dan aktiviti yang paling membosankan adalah tebuk pasir... Lepas aktiviti ini... kaki saya yang mulanya sakit yang tak beberapa nak sakit terus menjadi sakit berdenyut-2.Dapatkah anda bayangkan?? hmm.. then terus sambung aktiviti origami..>iaitu bina bangunan menggunakan straw< dah biasa kan...tak payah diceritakannya ..^^ tapi yang paling menyedihkan.. saya tak dapat mengikuti aktiviti runningman.. sebab kaki dah kritikal sakit. saya duk kat pondok dekat pandang tuh.. yang lain semua meneruskan aktiviti runningman.. aktiviti nih..saya tengok best jaa... setiap kumpulan harus melalui pelbagai cabaran untuk sampai ke penamat.cabaran-cabaran nya adalah seperti berikut :goyang sambil memakai gelung.. ,bawa bola ping pong pakai mulut, tiup serbuk kopi untuk dapatkan gula-2, tiup belon sampai pecah, kupas bawang merah..> seorang demi seorang ahli kumpulan kena melalui< apabila sampai penamat.. kaki diikat dengan tali menyambungkan kaki setaip ahli.. kena jalan sampai padang dekat kantin. jalan dah macam kawad dah... dorang siap sebut "kanan,kiri,kanan" rugi nyaa tak join... v-v ...selepas aktiviti ini kami dibenarkan untuk membersihkan diri... jam 1,15 kami berkumpul di dewan...lelaki pergi solat jumaat ..manakala perempuan membersihkan kawasan sekolah..penatnyaa...Telefon bimbit dipulangkan semula.. alamak..ada 2 mesej.. daripada orang yang sama ^^ Jam dua petang ... kami diarahkan ke kantin untuk makan tengahari..makanan berlauk.. kari ayam dan sayur .. >dah muak nak makan sayur.. sebab tadi dah terpaksa makan sayur mentah satu pinggan setiap ahli.. heheh.. kemudian jam 2..30 dah nak start majlis penutup..tiba-2 ibu call suruh hantar beg dekat pagar..ibu bawa balik semua beg saya... beruntungnya saya... tak perlu bawa beg berat-2 balik.. terima kasih ibu.. sayang ibu sangat-2.. hehe ..majlis penutup ringkas sahaja. tiada ucapan.. komen diberikan oleh ketua >RASHDAN< dan penolong ketua pengawas>FARIHA< mengenai kem >prefect fun day<... penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Fara Dhila kepada kumpulan-2 yang menang...tapi semua kumpulan dapat... kami semua disuruh membuat dua baris lelaki dan perempuan... kemudian bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. kemudian kami dibenarkan untuk pulang ke rumah..tetapi pengawas tingkatan lima masih belum pulang lagi kerana ingin bergambar bersama urusetia kem >pengawas-2 tingkatan 4< ... Apabila selesai bergambar bersama pengawas tingkatan-4 .. kami semua pulang ke rumah masing-2 .. TAMAT. Terima kasih kerana setia membaca sehingga dipenghujung cerita ^ ^

Mei 09, 2013

Alahai~ Malunyaa aku

Assalamualaikum. Alahai. Malunya aku tadi waktu sudah habis rehat. Aku bertugas dekat tingkat 2 blok D. Then, waktu nak masuk kelas tadi.. Abang makmal dan mak cik cleaner tuh keluar dari bilik tengah-tengah makmal.LePas tuh..aku nampak dekat atas bahu abang tuh ade something yang panjang. Aku pun dah seram..Terus jalan laju sikit.. then abang tuh boleh pulak tegur aku dan kata "takut ular ek??". Aku mula-mulanya yang jalan agak laju.. terus lari bila dia angkat benda panjang uh dari atas bahu dia.. Siap tunjuk-tunjuk dekat aku lagi pulak tuh.. Kembar aku boleh pulak dia gelakkan aku. Dia sempat cakap dengan abang tuh.. Dia kata abang tuh tanya dekat dia..macam nih "dia takut ular ke??" .. sambil ketawa yaya cakaplah "Aah. Dia takut ular.haha" . Malu tak malu aku.. Aish , kenapalah aku takut sangat eh? *Fikir sekejap* Dengan ular mainan pun aku takut. apatah lagi dengan gambar ular. Orang tunjuk dekat aku pun , aku campaknya surat khabar tuh.. Kadang-kadang tengah termenung sekejap.. orang boleh pulak terkejutkan aku ..macam gini "Ina, Ular!" ..Aku pun apa lagi.. dah lari keliling kelas dah.. Sabar ja lah aku. Aku rasa trauma sudah berlebihan ni. Terlalu takut mungkin akibat daripada tengok Drama lah ni. sikit-sikit buat orang kena patuk saja. Hmm.. Then, muka ular tuh dah lah seram. Aish.. Acano nih? Hah.. Malunya .. Tak terkata aku tadi. Dah lah arituh Pergi TS .. teman kawan masuk kedai jual barang-barang hantu. Tapi Bila dia angkat jaa ular mainan tuh.. aku apa lagi... Dah lari macam orang nampak hantuu. Terkejut dia..sampai kejar aku minta maaf. Please,Jauhkan aku daripada benda uh. aku takut gilaaa meyh. Haa.. peristiwa ke berapa dah ni? Aku rase dah kali ketiga dah. Harap-harap aku cepat-cepat lah hilang rase takut dekat binatang uh. Hah.. Takut lah pulak aku nak bertugas dekat tingkat 2 esok. Nanti abang makmal bawak benda mainan tuh lagi macam mana? ha.. Seram..seram~ Okaylah.. korang jangan gelak sangat baca cerita aku nih.. Malu aku nanti .. okay?? Babai .Assalamualaikum.. Dan selamat petang :)

Mei 08, 2013

Soalan Apakah ini?? Sengal~

Assalamualaikum. Cepat jawab! hehe Hai,sebaiklah blog ni boleh aku bukak .ingatkan tak boleh nak buka dah. ha..rindunya dekat blog aku nih.. al-makluman lah agak sibuk awal-awal tahun ni. Lagipun tak ade cerita yang nak dikongsikan.Tapi Hari ini, ada cerita yang nak dikongsikan. Harap korang ambil iktibar daripada cerita aku. Okay? Ceritanya begini, sebaik sahaja aku balik dari sekolah tadi,aku tengok handphone. Ada Satu perbualan yang masuk daripada WeChat.Aku pun tengoklah WeChat tuh. WeChat tuh dihantar oleh Seorang Manusia yang diberi nama SAZWAN.Aku pun Xkenal dia ni siapa.Tapi Mula-mulanya, dia tegur aku dengan memberikan salam. Kemudian ia bertanya kepada aku.. "Awak ni nama siapa?" . Aku pun memberikan jawapan daripada soalan yang diberikan kepada aku.. "nama saya Natrah Farina".Dia Bertanya lagi.. "Awak ni orang mana?" lalu aku menjawab dengan panjangnya.. "Bandar sri Permaisuri ,cheras,Kuala Lumpur".Nak dipendekkan ceritanya.. dia bermula dengan kata-kata yang baik.Akan tetapi,kata-kata yang baik daripadanya berubah kepada soalan yang kurang sopan untukku. Soalannya "Awak pernah kiss kawan lelaki awak tak?". Aku pun apa lagi.. sound terus lah dia macam nih "kau nih dah kenapa? Taksihat? Sakit?". Tapi dia tetap suruh aku jawab soalan bodoh dia tuh. aku pun dah beremosi..So aku jawab lah begini.. "Eh senget. Kau nih pun agak-agak lah tanya soalan macam tuh. Kau ingat aku ni Perempuan jenis yang macam mana. Aku baik.. tak ada masa nak kiss ..kiss orang nih.Aku kiss mak aku jaa".Dia pun menjawab WeChat aku tuh macam Ini "Oh,sory. Saya Taktahu lak Awak tak pernah Kiss Pakwe awak ". Time ni..aku dah rase nak cekik-cekik jaa dia ni.. haha..tapi aku sabar. Dia Hantar WeChat lagi dekat aku .." Awak ni.. masih ade D_R_?" (isikan dengan huruf A). Aku pun terfikir.. Otak dia nih Kotor dah ni. Aku jawablah "Eh.tadi sudah minta maaf..sekarang tanya lagi. Kebodohan apakah yang sedang kau tunjukkan ini?. Lalu ia bertanya.."Salahkah saya bertanya begitu?" aku pun cakap dalam hati aku.. "amboi ..skemanya kau..perli aku kah?" aku menjawab soalan dia.. "Boleh . Tapi itu Kau cari Mati". Dia hantar ape.. Nak tahu? dia hantar dekat aku macam ini "Alaa..maaflah. Sy hanya bergurau". Aku baca pun makin panaslah kan.boleh pula dia cakap yang dia hanya bergurau.Janggut kau! itu kau jadikan gurauan.aku hantar WeChat dekat dia.." ouh.Gurau. Maaflah saya tak ada masa nak bergurau dengan awak and one more thing.. Jangan tanya orang lain macam itu..nanti maut menjelma.HAHA". Terus aku block dia.. Padan muka kau!tulah kau. elok-elok boleh berkawan..terus tak boleh dah. Aku harap tak ada dah la orang tanya aku macam ni.Ambil iktibar tauu tauu..korang :) nice,sekian. Assalamualaikum.