JellyPages.com

September 16, 2014

Goodluck

Assalamualaikum.. Hi semua.. Esok keluarlah result ups kami.. doa yang paling hamba harapkan adalah doa ibu dan abah yang hamba sayangi.. sedih seketika kerana tiada lagi doa abah yang boleh ina mohon.. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hati ku ketika menerimabresult esok.. apapun keputusan, ini adalah ujian .. utk melihat sejauh mana hamba bersyukur kepada-Mu.. jika cemerlang, jangan biarkan hamba riak sehingga hamba lupa akan nikmat itu adalah dari-Mu untuk mengujiku.. jika result kurang baik.. ingatkan hamba agar turut bersyukur dan beringat akan ini semua ujian..jgan biarkan hamba menyalahkan takdir-Mu .. sesungguhnya segala kejayaan dan kegagalan adalah sesuatu ujian.. berikan hamba kesabaran..kerana orang yang sabar itu sebenarnya orang yang berjaya.. semoga ina dan yaya selalu dapat bnggakan ibu dan abah.. semoga doa ibu ku dimakbulkan oleh-Mu Ya Allah. Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak.. in sha Allah..sama-2 kita doakan agar dijauhkan dari sifat negatif.. perasaan yang bercampur di malam hari..memikirkan result .. Allahuakhbar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan